Monday, June 9, 2025

Kolaborasi bersama Persatuan Kebudayaan dan Warisan Malaysia Borneo (Malaysia Borneo Cultural And Heritage Association) - Full Duration Cultural Agro-Tourism Nature (CAN) Video Unduk Ngadau Kaamatan Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA) Klang Valley 2025

Kolaborasi bersama Persatuan Kebudayaan dan Warisan Malaysia Borneo (Malaysia Borneo Cultural And Heritage Association) - Full Duration Cultural Agro-Tourism Nature (CAN) Video Unduk Ngadau Kaamatan Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA) Klang Valley 2025. Video dihasilkan oleh tenaga produksi dalam Persatuan Kebudayaan dan Warisan Malaysia Borneo (Malaysia Borneo Cultural and Heritage Association - MANTRA)

 

Sinopsis Video - Marilah kita hayati makna sebenar Kaamatan - bukan sekadar pesta atau sambutan tradisi, tetapi sebagai simbol kelestarian budaya dan kekuatan komuniti yang bersatu-padu dalam menghadapi cabaran masa hadapan. Selain itu, air, sumber kehidupan anugerah Tuhan. Ia membersih, menyegar, dan menghidupkan segala yang bernyawa. Kini, air kian tercemar. Kita bertanggungjawab menjaga harta berharga ini, dengan penuh kesedaran, penuh hemat, demi generasi akan datang. Dahulu, hanya ada pelita yang menerangi kegelapan di setiap rumah. Kini, tenaga elektrik menerangi dunia, memacu kemajuan, menjamin kelangsungan hidup. Namun, pelita kekal menjadi lambang warisan, simbol kreativiti manusia mencipta inovasi demi kesejahteraan kita. Kredit: Terima kasih Muzium Negara atas jalinan kolaborasi ini. Semoga jalinan ukhuwah ini akan kekal berterusan sampai bila-bila.

 

"Kaamatan Untuk Semua", "Kaamatan For All", "Kaamatan Montok Toinsanan."

 

In support of "Visit Malaysia Year 2026" and "ASEAN Chairmanship by Malaysia 2025."




#KVTigaDekad #KDCAKlangValleyTigaDekad #LamaiKaamatan #Kaamatan #Kaamatan2025 #KDCAKV #KDCAKlangValley #KlangValley #VelvetAduk #MANTRA #BudayaWarisanMalaysiaBorneo #UndukNgadau #UndukNgadauKaamatan #Sugandoi #PestaMenuai #KaamatanUntukSemua #KaamatanForAll #KaamatanMontokToinsanan #KadazanDusunMurut #KDMR #MalaysiaMadani #KembaraPerpaduan #HarmoniMadani #lamanperpaduan #muziumnegara

 

YouTube video ini di pautan YouTube ini.

Facebook KDCA Klang Valley di pautan Facebook ini.

Friday, June 6, 2025

TIGA DEKAD - LAMAI KAAMATAN PERINGKAT KDCA KLANG VALLEY TAHUN 2025

LAMAI KAAMATAN PERINGKAT KDCA KLANG VALLEY TAHUN 2025

"Kaamatan Untuk Semua" | "Kaamatan For All" | "Kaamatan Montok Toinsanan"



Program Sambutan Lamai Kaamatan peringkat Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA) Klang Valley telah diadakan dengan penuh meriah pada 11 Mei 2025 bertempat di Dorsett Grand Subang, Selangor Darul Ehsan. Tahun ini menyaksikan sambutan yang lebih bermakna apabila KDCA Klang Valley turut meraikan ulang tahun penubuhannya yang ke-30 – satu detik bersejarah yang mengangkat perjuangan dan jati diri komuniti Kadazandusun-Murut-Rungus (KDMR) di Semenanjung Malaysia. Majlis perasmian pembukaan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Noraini Idris, Ketua Wanita UMNO Sabah. Manakala acara kemuncak penutupan telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Huguan Siou Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Datuk Kitingan, Presiden KDCA Sabah – simbol kepimpinan yang terus memacu pemeliharaan budaya dan perpaduan masyarakat Kadazandusun.

 



Program ini turut dihadiri oleh pelbagai individu penting, antaranya Yang Berhormat Tindarama Datuk Joniston Bangkuai, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah; Yang Berbahagia Tindarama Datuk Suman Yasambun, Setiausaha Agung KDCA Sabah; Yang Berbahagia Dato’ Mohd Yusri bin Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan), MOTAC; Yang Berbahagia Prof. Madya Datuk Ts. Dr. Ramzah Dambul, Ketua Pegawai Eksekutif, Institute for Development Studies Sabah (IDS Sabah); Yang Berbahagia Prof. Madya Datin Dr. Veronica Petrus Atin, Universiti Malaysia Sabah; Yang Berusaha Puan Masmidah Binti Arsah (IDS Sabah) Sabah serta dif-dif jemputan daripada pelbagai latar belakang.




Dalam perutusan Buku Program dan ucapan semasa Acara Kemuncak, Yang Berbahagia Huguan Siou Tan Sri Datuk Seri Panglima menyatakan bahawa tema “Kaamatan untuk Semua” dipilih bagi menzahirkan aspirasi KDCA untuk menjadikan Pesta Kaamatan sebagai perayaan yang inklusif, menyatupadukan, dan meraikan kepelbagaian. Ia mencerminkan semangat keterangkuman yang telah lama menjadi teras kepada keharmonian masyarakat pelbagai etnik di Sabah. Beliau turut menyatakan bahawa Kaamatan bukan milik satu kaum semata-mata, tetapi adalah anugerah budaya yang harus dihargai oleh seluruh rakyat Malaysia, khususnya di Sabah. Ia adalah platform untuk memperkenalkan kekayaan adat resam, bahasa, kesenian dan falsafah hidup masyarakat Kadazandusun, Murut dan Rungus kepada generasi muda serta komuniti global. Sebagai Huguan Siou dan Presiden KDCA, beliau juga menyeru agar seluruh masyarakat terus menyokong usaha-usaha pemeliharaan dan pemerkasaan warisan budaya. Gunakanlah perayaan ini sebagai peluang untuk memperkukuh ikatan kekeluargaan, memperluas jalinan persahabatan, dan menanam semangat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai latar belakang. Makna sebenar Kaamatan haruslah dihayati – bukan sekadar pesta atau sambutan tradisi, tetapi sebagai simbol ketahanan budaya dan kekuatan komuniti yang bersatu padu dalam menghadapi cabaran masa hadapan. Penganjuran Lamai Kaamatan KDCA Klang Valley yang telah menjangkau usia 30 tahun merupakan satu jangka masa yang bukan singkat dan telah menyaksikan pelbagai momen telah dicipta di Semenanjung Malaysia dan Lembah Klang khasnya. Yang Berbahagia Huguan Siou Tan Sri Datuk Seri Panglima mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Totu Stevie Sebol atas pelantikan beliau sebagai Pengerusi KDCA Klang Valley yang baharu bagi sesi 2025–2028. Pelantikan ini merupakan satu langkah penting dalam memastikan kesinambungan legasi kepimpinan dan visi strategik KDCA Klang Valley. Beliau berharap agar KDCA Klang Valley akan meneruskan legasi kecemerlangan yang menjadi pengantara komuniti Kadazan Dusun Murut di Semenanjung Malaysia dan KDCA Sabah.





Bagi tujuan pelaksanaan program sambutan yang berusia tiga puluh tahun ini, pihak Jawatankuasa Penganjur telah berjaya menjalinkan kolaborasi erat dengan pelbagai rakan strategik termasuk Kementerian Perpaduan Negara (KPN); Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya (MOTAC); Bahagian Hal Ehwal Sabah Sarawak, Jabatan Perdana Menteri (BHESS, JPM); Persatuan Kebudayaan dan Warisan Malaysia Borneo (Malaysia Borneo Cultural and Heritage Association - MANTRA), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Institute for Development Studies Sabah (IDS Sabah), Pejabat Perhubungan Negeri Sabah Kuala Lumpur, serta pelbagai pemain industri, NGO dan swasta seperti Titijaya Land Berhad, Tenaga Nasional Berhad, Dorsett Grand Subang, Spirits Of The Harvest, KOVAC Empire, dan banyak lagi. Sambutan ini turut disemarakkan dengan kehadiran lebih daripada 1,000 orang pengunjung dari pagi sehingga malam.

 

Antara acara istimewa ialah Upacara Adat Popohimagon Bambarayon yang dipersembah oleh pelajar Universiti Pengajian Sultan Idris (UPSI) — satu simbolik penghormatan kepada berakhirnya musim menuai dan keberkatan semangat padi (Bambarayon), yang menyentuh jiwa dan menyambung kesinambungan budaya antara generasi.

 


Tahniah kepada para peserta yang telah dianugerahkan tujuh tempat teratas (Top 7) dalam pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan iaitu Tati Norasnih Madjalan (Juara); Saineh Urus (Naib Juara); Maychelle Roger Mool (Ketiga); Sonnia Onah Binti Robert (Keempat); Petronelizin Jackson (Kelima); Richealyn Jallynius (Keenam) dan Phebe Cherilynn Yong (Ketujuh). Manakala, tiga tempat teratas (Top 3) pertandingan Sugandoi Kaamatan tekah dianugerahkan kepada Tati Norzizi Safira binti Iddy (Juara); Totu Maurice Micheal (Naib Juara) dan Totu Mohd Shafiq bin Mulis (Ketiga).






Klik di pautan berikut untuk menonton rakaman penuh:

  1. Rakaman Acara Siang - Sambutan Lamai Kaamatan KDCA Klang Valley 2025
  2. Rakaman Acara Kemuncak - Sambutan Lamai Kaamatan KDCA Klang Valley 2025 (Part I)
  3. Rakaman Acara Kemuncak - Sambutan Lamai Kaamatan KDCA Klang Valley 2025 (Part II)
  4.  

    Pautan post bergambar di media sosial Facebook adalah seperti berikut:

    Untuk memuat turun Buku Program, klik di pautan ini.


    Liputan oleh Sabah Media di pautan ini


    Kredit fotografi & videografi: TME Images, En. Amizan Ahmad & En. Ramizi Adnan.


    In support of Visit Malaysia Year 2026 & ASEAN Chairmanship by Malaysia 2025.


    #KVTigaDekad #KDCAKlangValleyTigaDekad #LamaiKaamatan #Kaamatan2025 #KaamatanUntukSemua #KaamatanForAll #KaamatanMontokToinsanan #UndukNgadau #Sugandoi #BudayaWarisanMalaysiaBorneo #KadazanDusunMurut #MalaysiaMadani #KembaraPerpaduan #HarmoniMadani #KDCAKV







    NOTIS PANGGILAN MESYUARAT DAN PENGESAHAN KEHADIRAN KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (ANNUAL GENERAL MEETING - AGM) BADAN PENYELARAS KDCA KLANG VALLEY TAHUN 2025

    NOTIS PANGGILAN MESYUARAT DAN PENGESAHAN KEHADIRAN KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (ANNUAL GENERAL MEETING - AGM) BADAN PENYELARAS KDCA KLANG VALLEY TAHUN 2025

     

    Dengan segala hormatnya, dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Badan Penyelaras KDCA Klang Valley bagi tahun 2025 akan diadakan seperti berikut:


    1. Tarikh : Jumaat, 4 Julai 2025
    2. Masa  : 8.30 malam – 10.30 malam
    3. Medium : Dalam Talian (pautan akan dikongsikan melalui e-mel dan/atau WhatsApp berdasarkan status kehadiran yang telah disahkan)

     

    Agenda Mesyuarat

    1.  Kata alu-aluan oleh Pengerusi Badan Penyelaras KDCA Klang Valley Sesi 2025 – 2028;
    2. Pembentangan senarai keahlian Badan Penyelaras KDCA Klang Valley;
    3. Pembentangan laporan kewangan bagi sesi 2022 – 2025;
    4. Pembentangan laporan aktiviti/ program bagi sesi 2022 – 2025;
    5. Maklumbalas dan cadangan penambahbaikan Sambutan Lamai Kaamatan KDCA Klang Valley Kali Ke-30 Tahun 2025;
    6. Pembentangan Carta Organisasi Badan Penyelaras KDCA Klang Valley Sesi 2025 – 2028;
    7. Pengenalan Ahli Jawatankuasa Badan Penyelaras KDCA Klang Valley Sesi 2025 – 2028;
    8. Pemilihan Ahli Jawatankuasa Badan Penyelaras KDCA Klang Valley bagi jawatan yang belum diisi untuk sesi 2025 – 2028;
    9. Cadangan pelaksanaan aktiviti bagi sesi 2025 – 2028, dan
    10. Cadangan usul atau cadangan tambahan.

    Semua ahli dijemput hadir dan diminta untuk mengesahkan kehadiran selewat-lewatnya pada tarikh 20 Jun 2025 melalui pautan ini. Sebarang usul atau cadangan tambahan daripada ahli untuk dibincangkan dalam mesyuarat hendaklah dihantar melalui pautan ini atau emel kepada Setiausaha KDCA Klang Valley di alamat kdcacommunity.klangvalley@gmail.com sebelum atau pada tarikh 28 Jun 2025.

     

    Sekian, harap maklum dan terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

     

    Yang benar,

     

    Setiausaha

    Badan Penyelaras KDCA Klang Valley Sesi 2025 – 2028

    Tarikh: 4 Jun 2025

     


    Carta Organisasi KDCA Klang Valley Sesi 2025 - 2028

     


    Klik di pautan ini untuk muat turun Carta Organisasi KDCA Klang Valley Sesi 2025 - 2028.

    Thursday, June 5, 2025

    Sejarah Penubuhan KDCA Klang Valley

    Sambutan Pesta Kaamatan di Lembah Klang mula dilaksanakan secara tidak rasmi pada tahun 1996, hasil inisiatif seorang anak jati Sabah, Zandi Evelyn Gobile, yang ketika itu berkhidmat di Radio Televisyen Malaysia (RTM). Bertitik tolak daripada niat untuk merapatkan ukhuwah sesama komuniti perantau, beliau menganjurkan perjumpaan santai di kediamannya di Sri Petaling.


    Walaupun hanya disertai sekitar 20 orang, pertemuan kecil ini menjadi detik penting yang membuka jalan kepada pelaksanaan sambutan Kaamatan secara lebih terancang pada tahun-tahun berikutnya. Pada tahun 1997, sambutan diteruskan dengan sokongan mendiang Datuk Richard Bainun yang menaja perjumpaan tersebut di Kelab Golf Bukit Jalil. Setahun kemudian, lokasi beralih ke Hotel Regent, juga atas tajaan beliau, dan kehadiran meningkat kepada kira-kira 60 orang.

    Mendiang Datuk Richard Bainun

    Perkembangan ini menandakan pertumbuhan minat dalam kalangan komuniti terhadap usaha mengekalkan warisan budaya meskipun berada jauh dari tanah kelahiran. Tahun 1999 menjadi tahun bersejarah apabila buat pertama kalinya persembahan Tarian Sumazau dan Koir Kaamatan dipentaskan semasa perjumpaan yang berlangsung di Hotel Centra (kini Hotel Zon Residence). Tahun yang sama menyaksikan pembentukan rasmi Jawatankuasa KDCA Klang Valley yang pertama, dipengerusikan oleh Gundohing Nicholas Panjangou.

     

    Pada tahun 2000, setelah Gundohing Nicholas melepaskan jawatan, tanggungjawab sebagai Pengerusi dipikul oleh Zandi Julie Jiduin, yang ketika itu merupakan Setiausaha Jawatankuasa. Beliau kemudiannya menyelaras sambutan Pesta Kaamatan 2000 yang berlangsung di Kelab Raintree, Ampang. Tahun tersebut juga mencatat sejarah baharu apabila pertandingan Unduk Ngadau dan Sugandoi diperkenalkan sebagai acara rasmi. Tati Angeline Ongkunik dinobatkan sebagai Unduk Ngadau pertama, manakala Totu Robert Joe Kimsin muncul sebagai pemenang pertama Sugandoi.

     

    Pada tahun 2001, mendiang Datuk Richard Bainun secara rasmi dilantik sebagai Pengerusi KDCA Klang Valley dan menerajui organisasi ini hingga tahun 2018. Kepimpinan kemudiannya diserahkan semula kepada Zandi Julie Jiduin yang kekal menerajui sehingga awal April 2025, mengekalkan kesinambungan dan kelestarian perjuangan budaya dalam kalangan komuniti perantau.

     

    Wabak COVID-19 yang melanda dunia pada tahun 2020 hingga 2022 memberi cabaran besar kepada penganjuran aktiviti fizikal. Namun begitu, KDCA Klang Valley terus kreatif menyesuaikan diri dengan norma baharu melalui pelaksanaan aktiviti Kaamatan secara maya. Antara inisiatif tersebut termasuklah Pertandingan Manangon atau “Bercerita dalam Bahasa Kadazandusun” untuk murid sekolah rendah dan menengah, serta pertandingan video pendek bertemakan budaya Kadazandusun untuk golongan dewasa. Aktiviti ini bukan sahaja menerima sambutan luar biasa, tetapi turut membuktikan bahawa budaya mampu terus hidup dan berkembang meskipun dalam keterbatasan.

     

    Zandi Julie Jidwin

    Mulai tahun 2023, sambutan Pesta Kaamatan kembali dilaksanakan secara fizikal dan meriah seperti sebelumnya. Sepanjang masa ini juga, KDCA Klang Valley aktif menjalankan aktiviti kebajikan dan kolaborasi bersama rumah-rumah kebajikan, persatuan orang buta, dan rumah kanak-kanak istimewa. Malah, mereka turut membantu menyantuni pelbagai kes melibatkan komuniti Sabah di Semenanjung seperti bantuan perubatan, guaman, kes penipuan dan pelbagai lagi.


    Kini, dengan pelantikan Pengerusi baharu, Totu Stevie Sebol, Jawatankuasa KDCA Klang Valley bagi sesi 2025–2028 bertekad untuk memperkukuh legasi yang telah dibina. Berpaksikan visi untuk menjadi peneraju dalam memartabatkan warisan dan budaya Kadazandusun, serta misi untuk memacu pembangunan sosio-budaya dan ekonomi yang mampan, kepimpinan baharu ini turut berazam memastikan penyertaan aktif komuniti dalam pelbagai usaha kolaboratif yang strategik dan inklusif.

     

     

    YBhg. Datuk Toisin Gantor (kiri – Penasihat KDCA Klang Valley Sesi 2025-2028), YBhg. Huguan Siou Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Datuk Kitingan (tengah – Presiden KDCA Sabah), YBrs. Totu Stevie Sebol (kanan – Pengerusi KDCA Klang Valley Sesi 2025-2028).


    Laman Facebook KDCA Klang Valley: Kadazan Dusun Cultural Association Official Facebook Page

     

    Laman Instagram KDCA Klang Valley: Kadazan Dusun Cultural Association Official Instagram Page

     

    Laman TikTok KDCA Klang Valley: Kadazan Dusun Cultural Association Official TikTok Page


    #KDCAKlangValley #KVTigaDekad #KDCA #KDCAKlangValleyTigaDekad #KDCAKlangValley #Misompuru #KadazanDusunCulturalAssociation

    Pengenalan Kadazan Dusun Cultural Association - KDCA (Introduction)

    Kadazan Dusun Cultural Association Sabah (KDCA) merupakanmsebuah pertubuhan bukan berasaskan politik yang mewakili 45 komuniti etnik pribumi Sabah. Ia telah didaftarkan secara rasmi di bawah Akta Pertubuhan Malaysia 1966 pada 29 April 1966 oleh Timbalan Pendaftar Pertubuhan Malaysia ketika itu, Encik J. P. Rutherford.

     

    Asal-usul penubuhan KDCA bermula dengan penubuhan Society of Kadazan Penampang pada tahun 1953. Pertubuhan ini menjadi asas kepada penubuhan Kadazan Cultural Association Sabah (KCA) pada tahun 1963, yang kemudiannya berkembang menjadi KDCA pada 25 September 1991.

     

    Sejak penubuhannya pada awal tahun 1950-an, KDCA telah menumpukan usaha kepada pemeliharaan, pembangunan, pemerkayaan dan promosi budaya masyarakat Kadazandusun yang berbilang etnik. Tanpa usaha KDCA, banyak khazanah budaya Kadazandusun yang ada hari ini mungkin telah lenyap, terkubur, atau digantikan oleh budaya moden yang semakin dominan.

     

    Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan KDCA menjadi wadah penting bagi para wakil pelbagai etnik Kadazandusun membincangkan isu-isu utama yang mempengaruhi masa depan mereka serta mengambil pendirian dan tindakan bersama dalam menghadapi cabaran bersama.

     

    KDCA kini terlibat dalam pelbagai aktiviti berkaitan penyelidikan dan dokumentasi, termasuk pemeliharaan, pembangunan dan promosi aspek budaya Kadazandusun seperti: bahasa dan karya sastera; Bobolian dan Rinait; perubatan tradisional; makanan dan minuman tradisional; muzik, nyanyian, tarian dan drama; seni, kraf dan rekaan tradisional; sukan tradisional; serta pakaian dan busana etnik.

     

    Seiring dengan perkembangan kerjasama antarabangsa dalam kalangan masyarakat peribumi dunia, KDCA kini juga memberi perhatian kepada pengetahuan tradisional, harta intelek, serta pemeliharaan dan perlindungan sumber warisan tradisional.

     

    KDCA terus memainkan peranan penting dalam memupuk perpaduan, persahabatan dan kerjasama dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Sabah melalui penganjuran program kebudayaan dan sambutan seperti Pesta Kaamatan Tahunan di peringkat kampung, daerah dan negeri. Sepanjang tahun-tahun lalu, KDCA turut menghantar kumpulan persembahan budaya ke negeri-negeri lain di Malaysia, serta ke negara-negara Asia, Eropah, Amerika, Kanada dan New Zealand sebagai lawatan muhibah.

     

    Namun begitu, seperti mana-mana organisasi lain, keupayaan dan pertumbuhan KDCA bergantung kepada sumber, kepimpinan dan ahlinya. Oleh itu, terdapat keperluan berterusan untuk melibatkan lebih ramai ahli muda yang profesional, bertenaga dan berwawasan agar dapat menyumbang kepada kemajuan berterusan pertubuhan ini.

     

    Adalah penting untuk setiap individu memahami visi, matlamat, peranan, fungsi dan program KDCA, serta faedah keahliannya, sebelum melibatkan diri secara aktif. Ruangan ini bertujuan untuk memberikan pencerahan kepada ahli KDCA, bakal ahli, masyarakat umum serta rakan-rakan antarabangsa tentang siapa dan apa itu KDCA, dari dahulu, kini dan ke masa hadapan.

     

    Rujukan utama - KDCASabah

     

    Laman Facebook KDCA Klang Valley: Kadazan Dusun Cultural Association Official Facebook Page

     

    Laman Instagram KDCA Klang Valley: Kadazan Dusun Cultural Association Official Instagram Page

     

    Laman TikTok KDCA Klang Valley: Kadazan Dusun Cultural Association Official TikTok Page


    #KDCAKlangValley #KVTigaDekad #KDCA #KDCAKlangValleyTigaDekad #KDCAKlangValley #Misompuru #KadazanDusunCulturalAssociation